Kehidupan peribadi Norma_binti_Abdullah

Perkahwinan

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali dan bersama suaminya yang kedua iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.

Meninggal dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 68 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis.[2]